Terapi Jiwa | Kursus Intensif Asas Tadabbur Quran

PENGENALAN
Program Bahagia Bersama al-Quran adalah sebuah program latihan kemahiran mingguan yang bertujuan untuk mendalami al-Quran dan menerapkan nilai-nilai yang dapat meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Ia diadakan melalui kerjasama antara Akademi Sinergi , Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Masjid Seksyen 7 Shah Alam, memberikan peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran berinteraksi dengan al-Quran - tadabbur - secara lebih efektif dan bermakna.
Program ini akan berlangsung selama tiga bulan bagi siri pertama, dengan siri kedua dan seterusnya mengekalkan format yang sama, tetapi dengan perbincangan surah-surah berbeza.
OBJEKTIF
Melatih peserta kemahiran membaca, memahami, dan mentadabbur al-Quran.
Mewujudkan pendekatan praktikal dalam kehidupan melalui pembelajaran al-Quran.
Memperkasa peserta dengan kebolehan menggunakan ajaran al-Quran untuk kesejahteraan hidup
Menggalakkan suasana pembelajaran yang interaktif dan berteraskan komuniti.
Kaedah Pengajaran:
Tadabbur interaktif setiap minggu, di mana peserta akan didorong untuk berbincang dan berkongsi pandangan.
Latihan kemahiran membaca dan memahami al-Quran dengan teknik yang mudah difahami.
Ruang untuk soal jawab di akhir setiap sesi bagi memastikan pemahaman yang mendalam.
Pendekatan:
Program berfokuskan peserta, memberi peluang kepada mereka untuk aktif menyumbang pandangan.
Gabungan antara teori (tafsir) dan praktikal (latihan kemahiran), menjadikan setiap sesi lebih dinamik dan bermanfaat.
Peserta akan dibekalkan kanvas tadabbur (Kanvas BDQ) untuk memudahkan aktiviti tadabbur secara berstruktur.
Perlu Bantuan?
Whatsapp Admin, di : 013 964 6618