[Rakaman] Seminar Ibrah Surah Al Naml : Mengukuhkan Organisasi Menuju Kemenangan
Ada apa dengan Surah Al NAML?

NAMA SURAH MENGGAMBARKAN INTIPATI TERPENTING SURAH
Nama surah AL-NAML telah disepakati sebagai nama توقيفي , maka didapati penamaan surah di sisi Allah Taala mempunyai hikmah pada menggambarkan mesej penting surah ke 27 yang mempunyai 93 ayat ini, salah satunya adalah 

1. Jika anak-anak semut itu boleh mentaati perintah Permaisuri mereka mengenai pengumuman bahaya yang mendatang, ketaatan mereka pula tidak berbelah bahagi meskipun mereka tidak pun melihat sebarang tanda-tanda kedatangannya berbanding Permaisuri mereka, maka mengapa kalian musyrikin Quraisy tidak mentaati berita-berita ghaib mengenai azab yang mendatang yang diumumkan oleh Rasulullah.

2. Jika Permaisuri memanggil penuh hormat dan kasih sayang anak-anak semutnya dan pada masa yang sama menimbulkan rasa hormat kepada anak-anak semut kepada Rasul yang datang, bahkan memperkenalkan kepada mereka bahawa itu adalah Nabi Sulaiman, maka mengapakah kalian wahai musyrikin Quraisy mengenali selama 40 tahun Muhammad sebagai al-Amin, langsung kalian tidak menghormatinya sekarang, bahkan memilih untuk membunuhnya.

3. Permaisuri semut berpesan jangan menyalahkan Nabi Sulaiman dan tenteranya jika kalian dipijak kerana kalian yang tidak mahu bertindak mengelakkan diri dari "azab" yang akan datang. Jika azab Allah akhirnya berlaku kepada kalian wahai musyrikin Quraisy sebagaimana menimpa kaum Thamud dan kaum Luth, maka jangan disalahkan Allah. Yang zalim bukan Allah, bahkan kalian.




"Semut ialah guru kepada kerja berpasukan terbaik untuk manusia. Halusnya makhluk ini mengajar manusia agar jangan memandang kecil potensi seseorang kerana boleh jadi , Allah mengurniakan kepadanya keupayaan yang tidak pun kita miliki. 

Seorang pemerintah hebat tidak digambarkan sangat kehebatan mereka di medan tempur ketika membunuh musuh atau menundukkan lawan.

Namun, yang dipaparkan adalah ialah akhlak dan sikapnya dengan orang bawahannya dan makhluk sekelilingnya. 
Inilah keunikan surah An-Naml ketika memaparkan osok tubuh Nabi Sulaiman sebagai pemerintah dunia manusia dan dunia jin!"



Rakaman seminar ini berdurasi sekitar 5 jam. 

ISTIMEWA UNTUK ANDA: Ada kuota untuk layak dapat 10% diskaun!
Masukkan kod kupon* ini di borang pembelian di bawah >  xspecial10%

*terhad pada kuota. sekiranya apabila dimasukkan, tidak sah, maka ketahuilah kuota telah habis.

Selamat belajar, amal dan mengajar! Bismillah. 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Rakaman Lengkap Seminar Ibrah Surah Al Naml: Memperkukuh Organisasi Menuju Kemenangan
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN