![[Rakaman] Seminar Ibrah Surah Ali Imran: Memahami Fitnah Akhir Zaman [Rakaman] Seminar Ibrah Surah Ali Imran: Memahami Fitnah Akhir Zaman](https://program.akademisinergi.com/media/forms/294-lcimran-1626842854.jpg)
Ada apa dengan Surah Ali Imran?
Surah ini membentangkan pelbagai jenis fitnah menanti mereka yang beriman. Bermula dan berakhir dengan doa agar Allah menetapkan iman dalam hati menjadi identiti istimewa surah ini.
Apatah lagi surah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kemenangan dan kekalahan Rasul di Badar dan Uhud selepas surah al-Baqarah membentangkan peraturan mengenai jatuh bangun peradaban.
Pembelajaran melalui rakaman seminar akan mengambil beberapa ayat pilihan yang berkaitan
- fitnah yang menguji seseorang mukmin dan beberapa kisah pilihan akan dikongsikan seperti kisah ibu Maryam, Maryam dan Isa bin Maryam, perang Badar dan perang Uhud itu sendiri.
- Pengisian seminar akan berakhir dengan kisah kesyahidan Mus’ab bin Umair di Uhud yang mempunyai kaitan dengan penghujung surah ini. InshaAllah.
Rakaman seminar ini berdurasi sekitar 5 jam.
ISTIMEWA UNTUK ANDA: Ada kuota untuk layak dapat 10% diskaun!
Masukkan kod kupon* ini di borang pembelian di bawah > xspecial10%
*terhad pada kuota. sekiranya apabila dimasukkan, tidak sah, maka ketahuilah kuota telah habis.
Selamat belajar, amal dan mengajar! Bismillah.